LONDON 7 Ogos – ‘Hothouse Earth’ bunyinya seperti tajuk sebuah filem sains fiksyen bajet rendah, tetapi saintis planet melihat fenomena bumi panas ini merupakan satu perkara serius berkaitan hidup dan mati. Saintis percaya, manusia tidak lama lagi berdepan dengan suhu panas dan laut melampau dalam beberapa abad yang akan datang. Walaupun negara-negara berjaya mencapai sasaran pengeluaran karbon dioksida yang ditetapkan tetapi penduduk dunia masih terdedah kepada bahaya bumi yang panas.…










