MEMPUNYAI pengalaman luas dalam bidang nyanyian, Datuk Syafinaz Selamat memberitahu, dia seorang yang suka berkongsi ilmu malah ketika ini dia juga menjadi tenaga pengajar di beberapa institusi pengajian. Turut dipilih menggalas tanggungjawab sebagai mentor dalam program realiti, Mentor musim ketujuh, guru vokal ini mengakui, dia sedar ada pihak yang meletakkan harapan tinggi untuknya melahirkan bakat-bakat baharu yang secara dasarnya menepati keperluan bergelar penghibur. Cukup realistik menjelaskan keadaan tersebut, Syafinaz memberitahu,…










