SANDAKAN – Seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam bahagian pengering mesin basuh baju di kawasan perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu 12 Sungai Manila di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Mohd. Azam Razlan berusia tiga tahun dikatakan terperangkap ketika bermain seorang diri di lokasi yang menempatkan mesin basuh berkenaan. Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew berkata, pasukan bomba daripada Balai Bomba dan…










