KAJANG – Seorang budak perempuan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Hulu Langat kelmarin. NUR SYAHINDAH Mangsa, Nur Syahindah Awfiyah Shafawi, 11, gagal dikesan selepas keluar dari rumahnya pada pukul 3.30 petang. Ibunya, Norita Rahmat berkata, kehilangan anaknya itu dipercayai berpunca daripada teguran yang diberikannya beberapa jam sebelum dia gagal dikesan pada pukul 6.30 petang. Katanya, sekeping nota turut ditinggalkan Nur Syahindah di atas meja di ruang tamu rumah…










