MAHKAMAH Tinggi Pennsylvania telah mengetepikan sabitan salah terhadap seorang pemuda yang menembak mati tunang bapanya yang sedang sarat mengandung lapan bulan pada tahun 2009 ketika dia berumur 11 tahun. Mahkamah Agung negeri membuat keputusan 5-0 untuk membersihkan nama Jordan Brown yang kini berusia 20 tahun daripada salah laku berhubung pembunuhan Kenzie Houk, 26, yang ditemukan mati di rumah keluarga tersebut di Pennsylvania, menurut peguamnya. Keputusan akhir itu sekali gus mengetepikan…









