LONDON 23 Ogos – Syarikat penerbangan British Airways hari ini memaklumkan bahawa pihaknya menggantung jadual penerbangan dari London ke Teheran bermula bulan depan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Keputusan itu dibuat selepas syarikat berkenaan melihat laluan penerbangan melibatkan kedua-dua bandar itu tidak lagi komersial.
Sehubungan itu, penerbangan akhir melibatkan kedua-dua bandar itu adalah pada 22 dan 23 September ini. – AFP











