BR1M bukan rasuah - Utusan Malaysia

BR1M bukan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan inisiatif pemberian wang tunai berdasarkan konsep subsidi bersasar dan bukannya satu bentuk rasuah seperti yang dinyatakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C. Sivarrajah berkata, BR1M merupakan inisiatif bagi membantu meringankan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah malah program seperti itu juga dilaksanakan di beberapa negara seperti Amerika Syarikat menerusi “The Family Reward Program” dan di England iaitu “Multinasional Cash Transfer Program”.

“Sekiranya Mohamed Azmin kata BR1M mempunyai unsur rasuah hanya kerana melibatkan pemberian wang percuma, suka saya ingatkan kepada beliau bahawa Skim Peduli Rakyat yang diperkenalkannya ketika menjawat jawatan Menteri Besar Selangor juga melibatkan pemberian wang dan perkhidmatan percuma.

“Adakah itu juga boleh dianggap mempunyai unsur rasuah atau bertujuan untuk menjadi sogokan kepada rakyat mahupun memanjakan rakyat seperti mana yang dikatakan oleh Perdana Menteri terhadap BR1M?” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamed Azmin sebelum ini berkata, pemberian BR1M yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu perlu dihentikan kerana ia mempunyai unsur rasuah untuk mendapatkan sokongan rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini