IPOH 26 Ogos – Pemberian wang tunai seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) harus dihentikan kerana ia mempunyai unsur rasuah politik bagi mendapatkan sokongan rakyat. MOHAMED AZMIN ALI Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, berbanding pendekatan yang dilakukannya di Selangor, rakyat tidak disogok dengan wang tunai sebaliknya diupaya melalui program dan dasar bagi mensejahterakan mereka. “Sebagai contoh, bagi peniaga-peniaga kecil golongan B40 khususnya, kita memberikan bantuan mikrokredit…










