Bom mortar milik ATM ditemui di kawasan ladang - Utusan Malaysia

Bom mortar milik ATM ditemui di kawasan ladang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU – Sebutir bom jenis mortar dipercayai peninggalan pertempuran Ops Daulat 2013 ditemui di Ladang Sahabat 17, Tungku di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bom itu dijumpai seorang pekerja ladang kira-kira pukul 7 pagi yang sedang menguruskan tanaman di kawasan ladang tersebut.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, pemeriksaan terhadap bom itu mendapati ia milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Bom tersebut ditemui seorang pekerja ladang ketika dia menguruskan tanaman di kawasan kejadian.

“Pemeriksaan mendapati bom milik ATM itu digunakan dalam pertempuran Ops Daulat 2013 ketika menentang penceroboh di Kampung Tanduo di sini,” katanya di sini hari ini.

Menurut Hamzah, bom itu diserahkan kepada Unit Pemusnah Bom (UPD) Tawau untuk dimusnahkan pada pukul 3 petang hari yang sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN