LAHAD DATU 22 Ogos – Sebutir bom dipercayai jenis mortar hasil peninggalan ketika pertempuran menerusi Op Daulat 2013, ditemukan seorang pekerja ladang di Ladang Sahabat 17, Tungku dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, bagaimanapun bom yang ditemukan pada pukul 7 pagi itu telah dimusnahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) Tawau pada pukul 3 petang semalam. “Hasil siasatan mendapati bom berkenaan milik Angkatan Tentera Malaysia…