JAKARTA 24 Ogos – Skuad boling negara menghadiahkan pingat perak dalam acara enam berpasukan wanita di Pusat Boling Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang, sebentar tadi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Skuad boling wanita negara yang dibarisi Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Cheah Mei Lan, Natasha Mohamed Roslan, Sin Li Jane dan Shalin Zulkifli memperoleh pingat perak selepas mengumpul 8,149 jatuhan pin.
Pingat emas menjadi milik pasukan Korea Selatan dengan jumlah 8,338 jatuhan pin manakala pingat gangsa diraih Taiwan dengan 7,969 jatuhan pin. – UTUSAN ONLINE











