BNM semak semula KDNK 2018 kepada 5.0 peratus - Utusan Malaysia

BNM semak semula KDNK 2018 kepada 5.0 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun penuh Malaysia bagi 2018 kepada 5.0 peratus daripada 5.5 hingga 6.0 peratus yang dijangkakan sebelum ini berikutan gangguan pengeluaran minyak dan gas yang berlanjutan serta kekangan pengeluaran sektor pertanian.

Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus, bagaimanapun berkata, pertumbuhan itu akan disokong oleh sentimen perniagaan, pengguna serta perbelanjaan pengguna yang kukuh berikutan kelepasan cukai dari Jun hingga Ogos serta pengembangan kapasiti pengeluaran perkilangan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku kedua 2018 di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, bersandarkan unjuran pertumbuhan 5.0 peratus itu, Nor Shamsiah percaya Malaysia akan terus menjadi antara ekonomi yang berkembang pesat di rantau ini.

Mengulas prospek pada tahun 2019, Gabenor BNM itu berkata, momentum pertumbuhan dijangka terus mampan disokong oleh perkembangan perdagangan global yang kekal mantap, peningkatan pengeluaran komoditi serta persekitaran pasaran buruh yang lebih baik.

Selain itu, mengulas kesan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap inflasi negara, Nor Shamsiah berkata, impaknya adalah lebih kecil berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menurutnya, ini berikutan 52 peratus daripada kumpulan Indeks Harga Pengguna adalah tertakluk kepada GST manakala SST sebaliknya hanya meliputi 28 peratus barangan tersebut.

“Ini bermakna impaknya terhadap inflasi tidaklah sehebat yang kita lihat di bawah pelaksanaan rejim GST.

“Bagaimanapun, ini masih bergantung kepada sikap peniaga dari segi strategi penetapan harga dan bagaimana mereka mungkin melepaskan kos itu kepada pengguna,” katanya. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN