BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 23 OGOS 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 23 OGOS 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KE arah memperhebatkan kejayaan perpaduan dalam sebuah negara, rakyat juga perlukan pengorbanan. Iaitu mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain, saling bekerjasama ke arah kebaikan dalam masyarakat dan memupuk perasaan kasih sayang di antara anggota masyarakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, pengorbanan juga perlu dilakukan untuk memelihara dan menjaga hak serta sensitiviti orang lain, menghormati agama, maruah dan budaya orang lain. Bertolak ansur dengan jiran dan ahli masyarakat.

Pengorbanan juga perlu dilakukan dengan prihatin terhadap masalah yang dihadapi masyarakat dan berusaha mengatasinya dengan mengamalkan budaya ziarah-menziarahi dan bertanya khabar. Bagi pengorbanan untuk negara, masyarakat perlu sentiasa bersikap positif dan menghindari gejala yang merosakkan negara.

Sebagai pengorbanan dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini, masyarakat harus menjaga perpaduan kerana isu perkauman cepat merebak jika tidak dijaga. Kestabilan politik dan keamanan negara amat bergantung pada perpaduan masyarakat.

Menurut Imam al- Ghazali, golongan yang sanggup berkorban adalah Ahlul Najat iaitu orang yang selamat. Mereka hanya menunaikan amalan-amalan yang wajib dan meninggalkan larangan-larangan Allah. Hanya itu yang mereka kerjakan, tidak lebih dan tidak pula kurang.

AWANG – Jaga mulut, jaga hati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN