AWANG mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam terutama pembaca akhbar Utusan Malaysia. Syukurlah kita dapat meraikannya bersama-sama umat Islam di seluruh dunia terutama di Tanah Haram yang sedang menyempurnakan manasik haji. Aidiladha mengingatkan kita kepada erti pengorbanan. Kisah Nabi Ibrahim AS yang bersedia menyembelih anaknya, Nabi Ismail AS perlu dijadikan teladan. Kesabaran, kesetiaan dan kepatuhan dua beranak ini mengatasi cinta dunia, harta dan kepentingan…










