BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 20 OGOS 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 20 OGOS 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG menyambut baik sebarang usaha untuk memajukan semula tapak kondominium Highland Towers yang runtuh sejak 25 tahun lepas. Mungkin ramai yang masih ingat tragedi pada 11 Di­sember 1993 itu apabila satu daripada tiga blok kondominum di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh dan meragut nyawa 48 orang.

Sudah terlalu lama tapak yang bernilai tinggi itu terbiar dan dikatakan menjadi sarang penagih dadah dan kegiatan lain yang tidak sihat. Begitu juga pelbagai cerita seram dilaporkan. Kawasan yang terbiar itu turut menggusarkan penduduk sekitarnya. Bangunkan kawasan itu dengan projek yang berfaedah.

Cadangan awal untuk membina projek perumahan bagi golongan B40 amat dialu-alukan. Bagaimanapun kerajaan tidak harus menanggung risiko jika kajian menunjukkan pembinaan rumah atau bangunan di kawasan itu tidak selamat.

Dalam hal ini, eloklah cadangan untuk membina taman rekreasi diberi pertimbangan. Apa yang penting, tapak yang strategik itu `dihidupkan’ semula dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Sebarang keputusan bagi memulihkan kawasan berkenaan juga perlu mengambil kira kepentingan dan keselamatan orang awam.

Awang juga berharap, ketika kita mengimbau kembali insiden terburuk itu, jadikan ia satu pengajaran. Berhati-hatilah ketika merancang pembangunan di lokasi yang kemungkinan berlaku masalah cerun runtuh. Jangan disebabkan kealpaan perancangan, kejadian yang sama berulang. Semua pihak perlu peka dan sensitif terhadap alam. Pemaju juga perlu lebih bertanggungjawab.

AWANG – Ingat ‘bayi ajaib’ Nur Hamidah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×