BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 16 OGOS 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 16 OGOS 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG amat setuju dengan tiga nilai hidup yang perlu dipegang bukan sahaja oleh penjawat awam tetapi juga golongan pekerja seluruhnya. Tanpa mengira kedudukan, jawatan dan majikan, nilai-nilai Bersih, Cekap dan Amanah amat penting. Mereka perlu berpegang kepada etika kerja, bertanggungjawab menolak ra­suah, melakukan kerja yang diamanahkan serta boleh dipercayai.

Begitu juga dengan kesetiaan tetapi bukannya setia secara buta tuli. Jangan setia kerana mahu menjaga kedudukan sendiri atau majikan sehingga menggadaikan nilai-nilai itu dengan bersikap ampu atau bodek. Sikap sedemikian boleh memakan diri sendiri, merosakkan pemimpin dan meruntuhkan institusi.

Justeru berhati-hatilah ketika menjalankan tugas supaya tindakan yang dilakukan tidak melampaui batasan undang-undang. Berani menegur dan mengkritik untuk kebaikan, bukannya ‘takut’ berbuat demikian sehingga membawa kepada kehancuran. Ja­ngan sokong bawa rebah atau sudah terantuk baru tengadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi penjawat awam khususnya, mereka perlu mematuhi arahan yang tertakluk di bawah dasar-dasar kerajaan. Mereka harus memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Abaikan jika arahan itu terkeluar daripada landasan undang-undang.

Awang berharap, setiap pekerja membuang sikap mementingkan diri, berat sebelah, khianat dan hasad dengki ketika membuat keputusan. Ingatlah, bekerja bukan sekadar untuk mendapat upah bulanan tetapi harus melihat kepada tanggungjawab kepada majikan sama ada kerajaan atau swasta.

AWANG – Tidak pandai mengampu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN