BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 13 OGOS 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 13 OGOS 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG bimbang membaca laporan berkaitan banyak premis yang menjadi tumpuan awam boleh bertukar sebagai perangkap maut. Kebanyakan premis selain rumah kediaman turut melibatkan bangunan tinggi seperti hotel dan pusat beli-belah.

Premis yang terlibat juga bukan setakat sekolah, pondok atau tahfiz tetapi juga pejabat dan kondominium. Pendedahan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia itu perlu diberi perhatian serius. Sikap kebanyakan orang kita adalah lebih gemar me­nunggu kejadian lebih-lebih lagi melibatkan kematian.

Buanglah sikap sudah terantuk baru tengadah demi ke­selamatan diri, keluarga dan orang awam. Hakikatnya, banyak tempat yang dikategorikan tidak selamat kerana tidak memiliki sijil perakuan bomba (FC) dan juga gagal mematuhi syarat menghapuskan bahaya kebakaran (MBK).

Memuatkan artikel berkaitan…

Persoalannya bagaimana situasi ini boleh berlaku lebih-lebih lagi melibatkan kawasan tumpuan ramai? Adakah disebabkan kerenah birokrasi atau penguatkuasaan? Perbaikilah kelemahan yang ada termasuk hukuman sekadar denda.

Awang tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. Mungkin pemaju hanya pentingkan sijil layak menduduki (CF) tanpa memikirkan keperluan keselamatan lain. Jika ia satu ke­cuaian, pihak mana yang harus dipertanggungjawabkan? Apa pun alasan, tindakan tegas perlu diambil supaya pemilik bangunan lebih bertanggungjawab terhadap isu keselamatan.

AWANG – Bimbang ada CF tanpa FC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN