AWANG kecewa menjelang sambutan Hari Pahlawan semalam, timbul suara-suara sumbang yang mahu buku teks Sejarah ditulis semula bagi mengiktiraf Parti Komunis Malaya (PKM). Isu ini tidak sepatutnya ditimbulkan ketika masyarakat seharusnya menghargai anggota-anggota keselamatan yang terkorban dan menderita semasa menentang pengganas komunis. Sejarah tidak boleh diubah walaupun sudah ada usaha pihak tertentu sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi ‘memutihkan’ PKM. Kenapa perlu dibangkitkan sejarah yang sudah tertulis mengenai…










