PARIS 15 Ogos – Wira yang membantu Croatia layak ke final Piala Dunia bulan lalu, Mario Mandzukic mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa pada usia 32 tahun. Beliau yang masih bermain untuk kelab Juventus berkata, sudah tiba masa dia berhenti menyumbang tenaga untuk negaranya selepas memberikan yang terbaik untuk menjulang nama Croatia di mata dunia. “Saya telah puas menyumbang kepada kejayaan bola sepak Croatia. Kejayaan membawa Croatia muncul naib juara…










