GEORGE TOWN – Seorang bilal terpaksa meringkuk di dalam penjara selama 12 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan menetak pergelangan tangan kiri bekas isterinya hingga putus dalam kejadian pergaduhan dua minggu lalu. Tertuduh, Muhammad Ashraf Kames Abdullah, 39, membuat pengakuan itu setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norsalha Datuk Hamzah. Muhammad Ashraf yang merupakan seorang bilal di sebuah surau di Macallum…










