Bila mahu mansuh tol Jambatan P. Pinang? - Utusan Malaysia

Bila mahu mansuh tol Jambatan P. Pinang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 17 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terus dipersoalkan kerana gagal menunaikan janji untuk menghapuskan tol Jambatan Pulau Pinang walaupun telah 100 hari mentadbir negara.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd. Norhiesham Ismail berkata, perkembangan berkenaan menunjukkan seolah-olah PH mempermainkan perasaan pengundi yang telah menyokong mereka.

Katanya, janji berkenaan wajar ditunaikan memandangkan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng begitu bersungguh-sungguh membuat tawaran demikian ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU-14).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Guan Eng mahu hapuskan tol selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan memansuhkan tol bagi penunggang motosikal Jambatan Pulau Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) merampas negeri ini.

“Tawaran beliau (Guan Eng) ketika itu seperti mahu mencabar apa yang ditawarkan BN, namun selepas menang mereka beri alasan mahu kaji terlebih dahulu menyebabkan ribuan pengguna Jambatan Pulau Pinang tertanya-tanya tentang janji berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Norhiesham berkata, sikap berdiam diri itu menimbulkan pelbagai persepsi antaranya ‘cakap tidak serupa bikin’ dalam kalangan rakyat terhadap pemimpim PH.

“Sebelum ini, mereka (kerajaan negeri) pernah berjanji untuk menghapuskan tol Sungai Nyior di Butterworth sekiranya menang pada 2008, namun perkara berkenaan tidak dilaksanakan sehingga hari ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN