SEREMBAN 1 Ogos – Bidaan bagi siri nombor pendaftaraan kenderaan istimewa ‘Malaysia’ mendapat sambutan menggalakkan apabila 47 permohonan diterima dalam tempoh 20 minit selepas bidaan dibuka di seluruh negara pada pukul 10 pagi tadi. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, orang ramai boleh membida nombor khas yang dilancarkan sempena Hari Kebangsaan itu sehingga 15 Ogos dan keputusan akan diketahui pada 29 Ogos. Ujarnya, bagi nombor kategori bernilai utama iaitu…










