KUALA LUMPUR 26 Ogos – DRB-Hicom Bhd. memperuntukkan biasiswa sebanyak RM52 juta kepada 3,000 pelajar Universiti Automotif Malaysia DRB-Hicom (DHU) untuk tiga tahun akan datang, kata Naib Canselor universiti itu, Prof. Datuk Seri Dr. Omar Osman. Peruntukan yang tinggi itu mencerminkan komitmen DRB-Hicom kepada universiti bagi melahirkan pelajar yang mahu berjaya dalam industri automotif. “Ini merupakan jumlah yang sangat besar, ini bermakna mereka sanggup melepaskan pendapatan dari bahagian RM52 juta…










