BARU-BARU ini, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dilaporkan telah membuat kenyataan untuk menangguhkan program MyBrain15. Program ini merupakan pemberian dana biasiswa yang diperkenalkan kerajaan terdahulu sejak 2008 untuk menggalakkan masyarakat melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD). Maszlee menggunakan alasan penangguhan itu dengan membangkitkan tentang kedudukan kewangan ketika ini amat nazak sehingga memberi tempias kepada kerajaan baharu untuk meneruskan pemberian biasiswa kepada pelajar. Dalam ‘menghalalkan’ keputusan itu,…










