KUALA LUMPUR 16 Ogos – Daripada terus meletakkan kesalahan kepada pihak lain, kerajaan Pakatan Harapan (PH) seharusnya bersikap jujur dengan memohon maaf berikutan kegagalan melaksanakan 10 janji 100 hari mereka. Perkara itu disuarakan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang percaya jika lebih banyak alasan diberikan oleh kepemimpinan PH, lebih banyak pekung mereka terdedah. “Lebih baik bersikap jujur dan berjiwa besar memohon maaf kepada rakyat atas kegagalan…










