Beribu-ribu rakyat Syria kembali ke Daraya - Utusan Malaysia

Beribu-ribu rakyat Syria kembali ke Daraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT 28 Ogos – Beribu-ribu rakyat Syria buat pertama kalinya mula kembali ke bandar Daraya hari ini selepas tentera kerajaan menguasai kembali bandar itu daripada kumpulan penentang sejak dua tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bandar tersebut merupakan antara dua pusat utama operasi penentangan terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad dan mengalami kerosakan teruk semasa tercetusnya pertempuran menyebabkan ramai penduduk meninggalkannya.

Tentera Bashar dan sekutunya mengambil alih Daraya selepas pengeboman dan pengepungan bertahun-tahun.

Ramai penduduk yang tidak mahu tinggal di bawah pemerintahan kerajaan meninggalkan bandar itu bersama-sama kumpulan penentang di bawah perjanjian penyerahan diri pada Ogos 2016.

Mereka berpindah ke wilayah utara manakala penduduk lain yang kini kembali ke Daraya telah dipindahkan ke kawasan kerajaan di sekitar Damsyik.

Penduduk yang kembali ke bandar berkenaan adalah kumpulan yang telah ‘dibersihkan’ daripada saki baki kumpulan penentang manakala perkhidmatan utama telah disambung’, lapor stesen televisyen kerajaan. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN