Beri kami masa – Cech - Utusan Malaysia

Beri kami masa – Cech

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 14 Ogos – Petr Cech me­rayu peminat Arsenal agar memberi masa kepada pemain Gunners untuk menyesuaikan diri selepas ketiadaan Arsene Wenger.

Wenger membimbing Arsenal selama 22 tahun, sebelum tempatnya diambil alih Unai Emery.

Namun, jurulatih baharu Gunners itu gagal menghadiahkan kemenangan pertama dalam aksi sulung Liga Perdana Ing­geris selepas tewas 0-2 kepada Manchester City.

Memuatkan artikel berkaitan…

Arsenal berdepan satu lagi tugas sukar apabila dijadual bertemu Chelsea di Stamford Bridge, Ahad ini.

“Saya fikir penyokong perlu faham apabila anda membina pasukan dengan pengurus baharu sudah tentu masa diperlukan.

“Saya percaya, kami me­lakukan tugas dengan baik cuma perlu menyesuaikan diri dengan beberapa perkara tetapi saya fikir kami berada di landasan yang betul.

“Jelas sekali kami bakal me­nerima cabaran daripada pasukan pilihan untuk memenangi kejuaraan.

“Minggu depan kami ada satu lagi perlawanan besar namun kami akan melakukan persediaan rapi kerana kami sudah kalah.

“Saya percaya kami memberi tekanan lebih tinggi kepada City berbanding bertemu Chelsea dalam Piala Perisai Komuniti,” katanya.

Bekas penjaga gol Blues itu menerima kritikan gara-gara mempamer prestasi di bawah tahap sebenar apabila nyaris menjaringkan gol sendiri ketika menentang City.

Cech cuba melakukan hantaran kepada Matteo Guendouzi namun tendangannya hampir me­nerjah ke gawang sendiri.

“Ya, anda bermain dengan baik untuk pasukan dan saya fikir jika anda mahu mendominasi perlawanan berdasarkan penguasaan bola anda perlu menggunakan semua pemain.

“Anda boleh nampak di peringkat ini satu lawan satu sukar jadi anda perlu menggunakan penjaga gol sebagai pemain sokongan pada setiap masa jika diperlukan. Itu tugas penjaga gol.

“Jika anda bermain untuk pasukan yang gemar melakukan hantaran bola jauh dan berbeza cara permainan penjaga gol akan memainkan peranan berbeza namun berdasarkan apa yang kami mahu lakukan saya fikir perkara ini akan menjadi penting,” kata­nya lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN