PONTIAN 1 Ogos – Memasuki ruang bengkel dan galeri Mastor di Kampung Ibrahim Majid, Simpang Renggam seperti menjengah ke sebuah kedai yang dipenuhi oleh sekumpulan ‘koboi’ yang sedang berehat. Namun, situasi itu merupakan perjumpaan biasa pada hujung minggu dalam kalangan peminat dan pengemar topi Mastor yang bukan sahaja dari Simpang Renggam, malah ada yang sanggup datang dari Kulai, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru. Pemilik galeri Mastor, Giman@Masuan Wakiran, 60,…










