JAKARTA 23 Ogos – Pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tidak berdepan masalag melangkah ke pusingan kedua badminton individu Sukan Asia 2018, sebentar tadi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Aksi di Istora Senayan, di sini menyaksikan pasangan No.1 negara itu menundukkan pasangan Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh 21-15, 21-16.
Kejayaan itu menyaksikan mereka bakal berdepan cabaran daripada pasangan kurang ternama sama ada dari Nepal atau Sri Lanka sebelum berdepan pasanahn No.1 dunia, Kevin Sanjaya-Marcus Fernaldi Gedion di suku akhir. – UTUSAN ONLINE











