Beregu campuran kandas di pusingan kedua - Utusan Malaysia

Beregu campuran kandas di pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 24 Ogos – Pasangan beregu campuran negara yang juga sandaran untuk meraih pingat di Sukan Asia 2018, Chan Peng Soon- Goh Liu Ying gagal ke suku akhir selepas tewas di pusingan kedua, sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu tewas kepada pasangan Hong Kong, Reginald Lee-Chau Hoi Wah 17-21, 21-19 ,26-28 dalam aksi di Istora Senayan, di sini.

Keputusan itu menyaksikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berada di dalam laluan sukar untuk mencapai sasaran dua pingat.

Dalam temasya 2014 di Incheon, skuad badminton negara menamatkan saingan dengan empat pingat gangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN