BARU-baru ini Kalam menukar tayar kereta yang sudah separuh botak. Terpaksa juga ditukar memandangkan Kalam memandu setiap hari dari Seremban ke tempat kerja di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur kira-kira 130 kilometer kecuali hujung minggu. Inilah rutin Kalam sejak lima tahun lalu. Kalau ikutkan boleh sahaja guna tayar lama untuk sebulan dua lagi tetapi memikirkan keselamatan Kalam membuat keputusan untuk tukar sahaja tayar baharu. Sedang menunggu kerja-kerja pemasangan tayar…










