KUALA LUMPUR 22 Ogos – Bakat muda berusia 17 tahun iaitu Benladin yang semakin dikenali menerusi single Hikayat Benladin menolak untuk menggunakan sebarang gimik murahan demi meraih populariti yang disifatkan tidak mampu bertahan lama. Ben atau nama sebenarnya Muhammad Benladin Munshi Shaihan menjelaskan, sesuatu produk seni akan lebih dihargai oleh peminat sekiranya seseorang pengkarya itu mampu memasarkannya dengan cara kreatif. “Produk seni adalah hasil kreativiti seseorang yang kreatif. Oleh itu,…










