SEGALA persiapan menuju ke dunia keibubapaan sudah siap dilakukan. Mental dan fizikalnya juga sudah bersedia untuk bergelar ibu dalam tempoh kurang empat bulan dari sekarang. Pelakon Norzalina Mohamad (Elvina), 23, mengakui jantungnya berdebar setiap kali menghitung detik menanti saat tersebut. Suami, Datuk Mohd. Haniff Borhan, 32, yang juga seorang ahli perniagaan dalam bidang permotoran turut merasakan situasi yang sama. Apatah lagi selepas berdepan dua kejadian mencemaskan yang dianggap boleh menjejaskan…










