ZAMAN globalisasi dan anjakan paradigma dalam menghadapi cabaran dunia globalisasi siber hari ini memberi kesan besar terhadap pembangunan masyarakat khususnya golongan belia. Di Malaysia, belia tidak lagi dilabel sebagai golongan pelapis pemimpin tetapi mereka sudah menjadi pencetus perubahan kepimpinan negara. Apatah lagi apabila golongan tersebut dikatakan telah memainkan peranan penting sehingga membawa kepada perubahan kepimpinan kerajaan menerusi proses pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) baru-baru ini. Fenomena ini bukan…










