PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan bekas Naib Presiden MIC bergelar Tan Sri kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram berjumlah kira-kira RM6 juta. Menurut sumber, suspek berusia 64 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.45 petang ini di Pejabat SPRM Johor Bahru ketika dipanggil untuk memberi keterangan dan membantu siasatan berhubung kes tersebut. “Suspek juga merupakan seorang pengarah syarikat dan pernah didakwa di mahkamah atas…










