IPOH – Kerajaan Perak akan mengkaji semula pelaksanaan beberapa projek besar yang telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan terdahulu di negeri itu, kata Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu. Beliau berkata projek itu termasuk di Bagan Datuk yang menelan belanja lebih RM6 bilion. “Saya masih lagi belum mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu (projek Bagan Datuk) atau projek-projek besar yang lain,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan ke rumah anak yatim di…










