ALOR GAJAH 27 Ogos – Seorang penumpang maut manakala 19 lagi cedera apabila bas persiaran dinaiki mereka merempuh sebuah treler di Kilometer 214.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, kira-kira 3 kilometer selepas susur keluar Simpang Ampat dekat sini awal pagi ini. Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, penumpang terbabit, Zulhaswan Za’ba, 34, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Mohd. Sham…










