Bapa tetak anak 
didakwa membunuh - Utusan Malaysia

Bapa tetak anak 
didakwa membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 20 Ogos – Seorang bapa yang dipercayai menetak anak kandungnya berusia lima tahun menggunakan parang di­­hadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kanak-kanak tersebut di sebuah flat di Puchong, minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Faih Rifin, 35, yang ber­alamat di Kampung Alor Bakat, Melor, Kelantan mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya, namun tiada pengakuan direkodkan oleh Majistret Nor Ariffin Hisham.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Muhammad Waiz Wazzini di unit kediaman A11-4-40, Flat Puchong Permai 1/6, Puchong permai dekat sini antara pukul 2.30 hingga 5.30 petang, 13 Ogos lalu.

Lelaki itu yang juga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) didakwa mengikut Sek­syen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mandatori gan­tung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada sebarang jaminan diberikan terhadap Mohd. Faih dan mahkamah me­netapkan 16 Oktober ini untuk sebutan kes sementara me­nunggu laporan forensik.

Pada 14 Ogos lalu, media me­laporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas ditetak di kepala dan ta­ngan dengan parang oleh bapa­nya dalam kejadian di rumah di Flat Puchong Permai dekat sini.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang tidur di atas tilam di bahagian ruang tamu rumah mereka di tingkat 4, flat ber­kenaan sebelum suspek menetak­nya sebanyak tiga kali. Lelaki itu mendakwa dia mendengar suara ghaib yang menyuruhnya berbuat demikian.

Siasatan mendapati suspek adalah peminum tegar air ketum selain saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN