KUALA TERENGGANU 11 Ogos – Mayat murid tahun enam yang dihanyutkan arus deras ketika mandi-manda berdekatan laluan santai Setiu (boardwalk Setiu) di Pengkalan Gelap di sini semalam, ditemukan pagi tadi. Mayat Mohd. Afizul Norizan, 12, ditemukan oleh ayahnya kira-kira pukul 7.10 pagi, kira-kira jarak 500 meter daripada lokasi mangsa dilaporkan lemas. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam satu kenyataan berkata, ayah mangsa mengesan mayat anaknya yang timbul semasa cuba memanjat pokok berhampiran. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa dikatakan pergi ke kawasan rekreasi tanah bencah itu bersama tiga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya