Puchong – Seorang bapa yang bertindak kejam dengan menetak anak kandung lelakinya sampai mati dalam kejadian di sebuah rumah di Flat Puchong Permai di sini kelmarin disifatkan sebagai seorang yang baik dan penyayang. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh sepupu kepada suspek, Zaidi Said, 46, yang turut terkejut dengan tindakan lelaki itu membunuh anak kandungnya yang berusia empat tahun lapan bulan. Menurut Zaidi, sepanjang mengenali suspek yang berusia 35 tahun, lelaki…










