KUALA LUMPUR 13 Ogos – Sekretariat Profesional Muda UMNO akan membantah sekeras-kerasnya jika kerajaan mengenakan tindakan tatatertib terhadap Dr. Nur Ilyani Mohamed Nawawi, seorang pegawai perubatan yang menulis surat terbuka kepada anak Perdana Menteri, Datin Marina Mahathir.
![]() |
|
NAJMIL FAIZ
|
Pengerusinya, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamad Aris berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menyatakan bantahan keras itu melalui pelbagai cara.
Malah, katanya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus berpegang kepada keterbukaan rakyat untuk bersuara selagi mana tidak melampaui batas dan undang-undang.
“Kita berharap kerajaan tidak mencabuli hak kebebasan rakyat untuk bersuara sebagaimana mereka mencabuli janji-janji mereka di dalam manifesto PH sebelum ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE











