Bangun belia secara inklusif, komprehensif - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Bangun belia secara inklusif, komprehensif – Raja Muda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN 16 Ogos – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa generasi muda dan belia hari ini adalah cermin masa hadapan dalam mencorakkan pembangunan dan kemakmuran negara.


Oleh itu baginda berharap agar golongan belia akan terus didampingi melalui pelbagai program pembangunan yang inklusif dan komprehensif.


Ini adalah kerana mereka perlu didedahkan dengan aspek-aspek kepimpinan, pembangunan bakat, kemahiran, keusahawanan dan kesukarelawan, titah baginda.

Memuatkan artikel berkaitan…


Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menghadiri sesi motivasi program ‘Ke Arah Masa Depan Kerjaya Yang Cemerlang’ yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan QSR Brands, Datuk Seri Mohamed Azahari Kamil dan Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak (ENT) Hispital Pulau Pinang Dr Nik Hisyam Amirul Nik Hishamuddin bersempena program ‘Bengkel Ke Arah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang (Towards Excellence Self Esteem Development) di salah sebuah hotel di, Tanjung Bungah, Pulau Pinang malam semalam.


Program tahunan tersebut adalah anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).


Terdahulu, Pengetua Sekolah Menengah Tengku Suleiman, Ayub Ahmad menyampaikan ceramah beliau berjudul ‘Motivasi Pembelajaran’ dan Setiausaha YTSP Perlis, Datuk Johari Mohd Darus berkongsi informasi mengenai ‘Kefahaman Perlembagaan dan Pemerintahan Negara Malaysia’.


Untuk rekod, di negeri Perlis, golongan muda mewakili majoriti penduduk iaitu enam puluh enam perpuluhan sembilan peratus (66.9 peratus) bersamaan 168 ribu orang.


Program tersebut yang masuk tahun ke-11 dianjur berobjektifkan bagi memupuk semangat cintakan negara dan memahami perlembagaan dan pemerintahan negara serta memberikan pendedahan kepada peserta terhadap isu-isu semasa dengan memiliki gaya hidup yang sihat.


Di akhir program, Mohamed Azahari mengedarkan KFC yang ditaja oleh QSR Brands kepada pelajar terbabit dalam program tersebut. – UTUSAN ONLINE




Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN