GEORGETOWN 16 Ogos – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa generasi muda dan belia hari ini adalah cermin masa hadapan dalam mencorakkan pembangunan dan kemakmuran negara. Oleh itu baginda berharap agar golongan belia akan terus didampingi melalui pelbagai program pembangunan yang inklusif dan komprehensif. Ini adalah kerana mereka perlu didedahkan dengan aspek-aspek kepimpinan, pembangunan bakat, kemahiran, keusahawanan dan kesukarelawan, titah baginda. Demikian titah baginda selepas berkenan…










