Bangkit tolak PH - Utusan Malaysia

Bangkit tolak PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Rakyat perlu memberi kemenangan kepada Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia sebagai menghantar isyarat penolakan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau diberitahu bahawa ramai yang kecewa dengan tindak-tanduk PH sejak memegang tampuk pemerintahan negara.

Justeru, beliau menyeru kepada berlakunya kebangkitan rakyat dalam pilihan raya kali ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pilihan raya ini mungkin tidak ada kesan besar dalam konteks kerajaan Selangor, tapi rakyat, khusus di Seri Setia perlu hantar isyarakat kepada PH dengan apa yang berlaku ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pengumuman calon PRK DUN Seri Setia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN