KUALA TERENGGANU 1 Ogos – Seorang bakal guru, Anis Hazirah Zakaria, 22, menjuarai Pertandingan Pidato Kenegaraan 2018 peringkat negeri yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI), Kuala Nerus semalam. Dalam pertandingan tahunan itu, Anis Hazirah yang memilih tajuk ‘Masyarakat penyayang dan berbudi bahasa membentuk negara harmoni’ membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, plak dan sijil penghargaan. Penuntut jurusan Ijazah Sarjana Perguruan Sejarah di IPGKDRI itu akan…










