Azmin sokong langkah tidak bubar Majlis Penasihat Kerajaan - Utusan Malaysia

Azmin sokong langkah tidak bubar Majlis Penasihat Kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Majlis Penasihat Kerajaan tidak dibubarkan dalam tempoh 100 hari kerana Kabinet Pakatan Harapan (PH) masih memerlukannya.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, langkah tersebut bukan bermakna kerajaan PH tidak efektif.

“Kita kena faham peranan Majlis Penasihat Kerajaan, mereka mengemukakan cadangan berdasarkan cadangan dan laporan oleh rakyat yang berminat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Laporan-laporan itu akan kembali kepada Kabinet bagi kita untuk membincangkan dan membincangkannya. Bukannya kita (Kabinet) tidak berkesan, kita sangat berkesan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan Majlis Penasihat Kerajaan tidak akan dibubarkan lagi kerana khidmatnya masih diperlukan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN