KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan bertemu sekali lagi dengan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan esok untuk meneruskan rundingan mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) KL-Singapura. “Kami akan mengadakan mesyuarat susulan tengah hari esok di Putrajaya selepas mesyuarat Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran hospital pakar Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur, di sini, hari ini. Mohamed Azmin berkata, pertemuan beliau sebelum…










