Axiata Group rekodkan kerugian bersih RM3.317 bilion - Utusan Malaysia

Axiata Group rekodkan kerugian bersih RM3.317 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Axiata Group Bhd. mencatatkan rugi bersih sebanyak RM3.32 bilion untuk suku kedua berakhir pada 30 Jun lalu berbanding dengan untung bersih sebanyak RM479.08 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini, berikutan kerugian sekali sahaja yang berjumlah RM3.38 bilion.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pendapatan susut kepada RM5.87 bilion daripada RM6.06 bilion.

Axiata dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2018, ia telah mengalami kerugian bersih berjumlah RM3.41 bilion berbanding dengan keuntungan bersih RM741.11 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. 

“Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (Patami) merekodkan penurunan lebih daripada 100 peratus (dari suku kedua tahun kewangan 2018 daripada suku kedua tahun kewangan 2017) akibat daripada peruntukan merosot nilai bukan tunai sekali sahaja sebanyak RM3.38 bilion,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Jamaludin Ibrahim dalam satu kenyataan berasingan berkata, program pengurangan kos kumpulan berjaya memberi penjimatan sebanyak RM800 juta dan akan mencapai sasaran RM1.4 bilion yang ditetapkan untuk tahun ini.

Beliau juga memberitahu bahawa suku kali ini juga mencatatkan beberapa pencapaian utama di mana syarikat bersekutu kumpulan itu di India, Idea Cellular Ltd, sedang dalam langkah terakhir bagi memperoleh kelulusan kawal selia untuk bergabung dengan Vodafone India Ltd, cantuman ini akan mewujudkan syarikat telekomunikasi terbesar di India dan juga di dunia. – Bernama  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini