CABARAN untuk Malaysia mengharungi pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kelihatan sukar dijangka rupa bentuknya. Namun Awang berpendapat, paling utama negara perlu berwaspada setiap masa dalam menguruskan kerumitan berbilang kaumnya. Ahli politik kerajaan dan pembangkang perlu memainkan peranan penting memupuk perpaduan dan keharmonian kaum dalam keadaan perbezaan ideologi, fahaman, tohmahan dan fitnah yang berleluasa waktu ini. Politik, bagi Awang, bukan tempatnya di mana nasib memainkan peranan yang terlalu besar. Dalam…










