Atlet profesional sukan elektronik (e-Sukan) negara, Yap Jian Wei atau lebih dikenali sebagai xNova telah menjadi jutawan segera selepas pasukannya, PSG.LGD muncul sebagai naib juara perlawanan Dota 2, The International 8 yang berlangsung di Vancouver, Kanada semalam. Kejayaan tersebut membolehkan pasukan yang terdiri daripada lima pemain itu membawa pulang wang tunai berjumlah AS$4,075,965 juta (RM16.67 juta). Pasukan yang berpangkalan di China tersebut tewas kepada European Team OG pada saingan akhir…










